MENU        

Radio Online


Detik Masa

Topik Terbaru

Ikuti Blog ini | Follow This Blog

Topik Terdahulu

25 Haiwan pelik

Yasmin Ahmad meninggal dunia

Rahsia dara dan teruna celebriti

Antara bekas teman wanita ronaldo

Michael Jackson meninggal dunia

Gambar manohara di dera

Peragut di bt 6 Terengganu

5 Kisah peribadi Barack Obama

10 Wanita pewaris kekayaan keluarga

Perompak di maluri

Ahli politik tercantik

15 Laman games online

Tip lajukan Internet anda

10 cerita cerai selebriti paling panas

Wow label toilet

Pen Skodeng

Mawi nyaris maut

Tip mencari video / mp3 dgn cepat

Top 10 celebrity smiles

4 Rumah termewah di dunia

100 Wanita Paling seksi di dunia

10 Artis Malaysia Kacukkan

Penangan kaki Curi

Skandal dalam lif

Taufan Nargis di Myanmar

Pulau batu puteh Singapore & Pulau middle rock Malaysia

Gambar pengguguran bayi

Magic moving images

Tun Dr Mahatdir Keluar Umno

Selamat Hari Guru 2008

Manusia Memang Kejam

C.ronaldo vs Bugatti Veyron

Pelakon Darling kemalangan

50 Orang terkaya di dunia

40 Website free create blog

Tan Sri Nasimuddin meninggal

Anak Faizal ismail meninggal

Isu Babi oh Babi

Baharui lesen & road tax

30 Website can watch video

Anugerah planet muzik 2008

Video wawancara Sufiah yusof

Pontianak di pulau gadong

40 Orang terkaya di Malaysia

Lelaki hamil 6 bulan

Video anuar zain di cium

10 Kesilapan dalam perniagaan

Strategi pemasaran berkesan

Tatatertib melayan pelanggan

Ciri-ciri usahawan berjaya

Boikot produk belanda

Filem Fitna Menghina islam

Yusni Jaafar meninggal dunia

57 Tips get more traffic

Anugerah bintang popular 2007

Britney ingin memeluk islam

IRAQ, Bebas tapi menderita

Kekejaman israel

Pesta buku Antarabangsa 2008

Perniagaan internet di TV3

Menteri Besar terengganu

Pelajar Perempuan bergaduh

Akademi Fantasia 6

Cerai Pos laju

Jerat cinta internet

Senarai Kabinet 2008

Dimana Adik Sharlinie

Driving traffic to website

Tertelan gigi palsu

Loloq Meninggal Dunia

Menu Pilihan

Kata Kunci

koleksi pantun, puisi, cerpen, novel, tip, petua, horoskop, zodiak, rahsia personaliti, rahsia tarikh lahir, dakwah, tazkirah agama, mari mendengar Al-Quran, cerita lawak, video lawak, kisah nabi, sudur ramadhan, keburukan merokok, kenali kelantan, kenali langkawi, berita terkini, berita terbaru, perniagaan, niaga, bisnes, Business

Laman Sahabat

Malaysia Blog

BlogMalaysia.com

Malaysia Group

All Malaysian Bloggers Project

Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.

Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halakan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali.

Kewujudan Blog Semasa2u dengan pelbagai penulisan sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

IRAQ, Bebas tapi Menderita

31 March 2008


MOHAMED Hameed, lima tahun tidak mengerti apa-apa ketika dia berlari-lari bersama-sama rakannya di atas sisa runtuhan sebuah sekolah di Al Aydia, Baghdad yang musnah dibedil tentera Amerika Syarikat (AS).

Sekali sekala dia memegang satu kelongsong peluru dan melontarkannya ke arah rakan-rakannya. Di Dataran Firdaus, seorang wanita sambil membawa sekeping gambar menghampiri sekumpulan wartawan asing sambil menangis berkata sesuatu dalam bahasa yang tidak difahami oleh wartawan berkenaan.

Manakala di satu sudut lain pula, sekumpulan lelaki sambil memegang pelbagai sepanduk dengan penuh perasaan melaungkan slogan anti-AS.

Begitulah keadaan kota Baghdad selepas kejatuhan pemerintahan Saddam Hussein pada 9 April lalu, kekeliruan, kebingungan dan kemarahan terus melumuri rakyat Iraq.

Sememangnya, ketika memasuki kota Baghdad pada Isnin lalu selepas menempuh perjalanan sejauh 1,000 kilometer dari Amman, Jordan, penulis sudah dapat merasai perasaan tersebut yang kini terus menguasai kehidupan rakyat Iraq.

Bangunan dan rumah yang musnah akibat dibom, kereta-kereta kebal dan trak yang hancur serta kubu-kubu tentera Iraq yang berkecai merupakan `teman' sepanjang jalan memasuki kota Baghdad.

Walaupun kejayaan tentera bersekutu yang diketuai oleh AS menamatkan pemerintahan 24 tahun Saddam adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh rakyat Iraq namun ini tidak bermakna penderitaan mereka sudah berakhir.

Sebaliknya, kejayaan tersebut meletakkan Iraq bagaikan sebuah negara yang berada dalam kekeliruan dan kekalutan kerana sehingga kini tiada tanda-tanda jelas bilakah kerajaan baru akan ditubuhkan.

Apa yang kelihatan ialah tentera-tentera AS berada di setiap penjuru kota Baghdad dan menjadikan istana-istana yang selama ini menjadi lambang kemewahan Saddam sebagai tempat menginap.

Walaupun peperangan secara terbuka tidak lagi berlaku pada siang hari dan rakyat dilihat dapat menjalankan aktiviti harian mereka namun ini tidak bermakna bahawa kota Baghdad dan daerah-daerah lain di Iraq sudah selamat dan aman.

Di Baghdad, contohnya bunyi tembakan dan letupan bom seolah-olah menjadi `irama yang tidak diundang' sebaik sahaja matahari mulai terbenam di ufuk timur.

Walaupun tentera AS mengisytiharkan perintah berkurung mulai pukul 11 malam hingga 6 pagi, namun ia bukanlah halangan bagi kelompok pro-Saddam untuk melancarkan serangan ke atas tentera AS.

Sebagai contoh, pada Khamis lalu, kira-kira pukul 1 pagi waktu Malaysia (9 malam waktu tempatan) pertempuran tercetus hampir 30 minit antara kedua-dua pihak di satu kawasan yang terletak tidak sampai 100 meter dari Hotel Flowers Land yang menjadi penginapan penulis dan sembilan wartawan Malaysia yang lain.

Keadaan tersebut menurut rakyat Iraq yang ditemui menunjukkan bahawa penyokong-penyokong Saddam masih berkeliaran di Baghdad dan berusaha untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan mereka.

Ia juga sekali gus membimbangkan rakyat Iraq kerana sehingga kini mereka tidak mendapat gambaran yang pasti mengenai nasib Saddam dan sebahagian besar anggota kabinetnya.

Perasaan bimbang rakyat Iraq itu mungkin menimbulkan tanda tanya kepada kita tetapi itulah hakikatnya, sistem pemerintahan Saddam yang dianggap diktator dan kejam telah menyebabkan rakyat Iraq membencinya dan gembira dengan kejatuhan beliau.

``Kami berasa tetap tidak selamat selagi tidak mengetahui Saddam masih hidup atau mati, adalah sesuatu yang aneh kerana tiada sesiapa pun tahu apa terjadi ke atasnya.

``Namun dalam masa yang sama kami tidak rela mana-mana kuasa asing menjajah kami,'' kata seorang bekas pegawai Kementerian Dalam Negeri Iraq, Ismail Ibrahim.

Bagi rakyat Iraq, kejatuhan Saddam adalah suatu kemerdekaan baru kepada mereka. Oleh itu tidak hairanlah jika Dataran Firdaus yang suatu ketika dahulu dikenali Dataran Saddam menjadi tumpuan.

Di kawasan ini, kita akan dapat melihat seribu satu gelagat rakyat Iraq selepas kepimpinan Saddam berakhir, ia termasuklah mengadakan demonstrasi mengecam Saddam dan mendesak AS meninggalkan negara tersebut.

Aktiviti demonstrasi ini tidak wujud di Iraq sejak 24 tahun lalu kerana ia diharamkan oleh Saddam dan kini apabila beliau sudah tiada Dataran Firdaus yang sebelum ini dihiasi dengan patung lambang pemerintahan Saddam telah berubah wajah seolah-olah menjadi medan demokrasi.

Rakyat Iraq meluahkan segala-galanya di sini termasuk desakan ditubuhkan segera sebuah kerajaan baru kerana kehidupan mereka kini amat tertekan.

Majoriti rakyat Iraq menjadi penganggur akibat peperangan yang tercetus manakala ratusan ribu kanak-kanak tidak dapat bersekolah.

Sekadar catatan, pencerobohan tentera AS ke atas Iraq pada 20 Mac lalu telah menyebabkan kira-kira 1,600 orang awam terbunuh. Kira-kira 2,300 tentera Iraq dilaporkan mati di Baghdad sahaja dan dianggarkan 5,100 orang Iraq cedera.

``Semua keadaan ini boleh dielakkan jika Saddam tidak tamak untuk mempertahankan kekuasaannya,'' kata Salem Al Hulaimy seorang bekas juruterbang pesawat Tentera Udara Iraq.

Sememangnya bagi rakyat Iraq, sepanjang 24 tahun di bawah pemerintahan Saddam, mereka hanya diajar bagaimana untuk berperang dan bersedia untuk perang... tiada lain daripada itu.

Bermula dengan perang dengan Iran dan diikuti pencerobohan ke atas Kuwait pada 1991, Iraq bagaikan sebuah negara yang suka berperang.

Kesudahannya kini melalui serangan AS ke atas Iraq dengan alasan menghapuskan keganasan, 25 juta rakyat hidup dalam penderitaan.

Kemusnahan dapat dilihat di mana-mana di sekitar kota Baghdad, bangunan kerajaan, rumah orang awam, sekolah dan masjid sebahagian besar hampir musnah akibat dibedil tentera AS. Keadaan itu sekali gus menyebabkan rakyat Iraq yang selama ini sudah cukup menderita akibat sekatan ekonomi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semakin sengsara.

Majoriti daripada mereka tidak mempunyai sumber pendapatan bagi menyara kehidupan sehingga memaksa mereka melakukan apa sahaja untuk memperoleh wang.

Bagi golongan profesional yang kehilangan pekerjaan akibat peperangan, mereka cuba mencari sumber pendapatan dengan menawarkan khidmat menjadi penterjemah dan pemandu kepada wartawan asing.

Kesimpulannya, berdasarkan pemerhatian penulis adalah jelas serangan AS ke atas Iraq walaupun melepaskan cengkaman rakyat Iraq daripada pemerintahan Saddam namun ia hanya menyebabkan mereka terpaksa menikmati kebebasan dalam penderitaan.

``Apa yang berlaku masih belum boleh memungkinkan senyuman yang hilang di wajah kami sejak 35 tahun lalu kembali semula,'' kata Zahra - seorang gadis berusia 21 tahun yang kehilangan bapanya dalam serangan AS tersebut.

Kata-kata Zahra dan apa yang dialami oleh rakyat Iraq sekarang sekali gus membuktikan bahawa kebebasan tidak boleh dicapai melalui peperangan yang sudah pastinya hanya membawa kesengsaraan dan kemusnahan.

P/S : Syukur Alhamdulillah negara kita Malaysia Aman dan Maju. Sama-samalah kita berdoa untuk umat islam di Iraq.

posted by BLOGGER @ 5:16 AM  

6 Comments:

Post a Comment

<< Home

 

KLIK DI BAWAH DAN LIHAT KEISTIMEWAAN RAKAN KAMI



   Menarik Disini

Info Ringkas

TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

UCAPAN

16/5/2007:
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, tahun baru misi baru, cerpen dan novel pun baru. semoga terhibur bersama blog kami

FADHILAT

1)-Barangsiapa membaca ayat kursi ketika mengiringi tiap-tiap solat fardhu, maka diampuni dosanya dan di hapuskan Allah daripadanya tiap-tiap kejahatan.

2)-Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.

KATA HIKMAH

1) Cara yang pasti untuk terlepas dari berjaya ialah terlepas peluang

2)"Jika saya ingin memulakan kembali perniagaan saya, maka saya akan memilih perniagaan network (MLM)"DONALD TRUMPH

3) "ada menyebut, 9/10 daripada rezeki berpunca daripada perniagaan" HADIS

4)Dalam tempoh lima tahun akan datang hanya wujud 2 jenis perniagaan iaitu perniagaan yang menggunakan INTERNET sebagai platform ATAU perniagaan tanpa internet yang akan terkeluar dari persaingan dunia perniagaan.” Apabila ditanya kepada beliau, bagaimana awak boleh jadi di antara orang yang terkaya di dunia? Jawab beliau,“Saya berada ditempat yang betul tepat pada masanya, saya melihat VISI dan yang sangat penting. Saya melakukan TINDAKAN!!”. BILL GATES

5) "Daripada 40 orang terkaya yang berumur di bawah 40 tahun, separuh daripada mereka berjaya melalui INTERNET."  -MAJALAH FORTUNE-

6) Jika anda mahu melakukan sesuatu anda akan mencari jalan dan jika anda tidak mahu melakukan sesuatu anda akan mencari alasan

7) Siapa yang tidak pernah gagal, dia tidak akan menjadi kaya -charles h.spungeon-

8) Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri mahu mengubahnya- pepatah arab-

9) 99% kejayaan dibina dari kegagalan yang lalu, siapa yang mahu dan tidak bertindak, dia adalah haiwan perosak -willim blake-

9) Banyak hal yang kita sebut sebagai was-was untuk bertindak seringkali dapat diubah menjadi kejayaan dan keuntungan, hanya dengan mengubah sedikit sahaja sikap dalam diri seseorang daripada rasa takut bertukar untuk berjuang

10) semasa kita berhenti dari berfikir, kita biasanya terlepas satu peluang

11) Ilmu melalui bukunya, kemahiran melalui pengalamanya, kejayaan melalui usahanya


TAG

koleksi novel, koleksi novel cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik, novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru, teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram, cerita, cerita cinta, cerita melayu

Inspirasi kejayaan yang cemerlang di
www.kerjaya.net

  Rahsia 8 Jutawan

Ruangan Sembang


online

Rakan Niaga

Ahli Pelawat

Saluran Terbaik

Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia, indonesia, singapore dan brunei. layari di http://penulisan2u.blogspot.com

3000 Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia, indonesia, singapore dan brunei. khas untuk peminat. layari di http://www.penulisan2u.net

tip kehidupan, zodiak, rahsia,  horoskop, petua, firasat, tip, puisi, pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di http://istimewa2u.blogspot.com

Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online, radio-radio dakwah, layari di http://dakwah2u.blogspot.com

Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online, surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1, tv2,tv3 dan lain-lain. layari di http://mymedia2u.blogspot.com

Blog koleksi cerita dan video lawak, kelakar, lucu. jom ketawa bersama. layari di http://kelakar2u.blogspot.com

Koleksi template & layout blog terbaik dari pereka laman blog dari seluruh dunia. Layari di http://template2u.blogspot.com

Jumlah pelawat

 invisible hit counter

 

2008-2012 Jaringan Informasi Alam Maya membentuk salsiah dan jati diri isani

hakcipta terpelihara dan ruang blog sediakan oleh Blogger

http://semasa2u.blogspot.com