Kehidupan adalah anugerah utama Illahi.
Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita
manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat
manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan
diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa
yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian
hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt
kepada kita. Halakan kegunaan akal, hati dan lidah pada
perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan
akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan
kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN
sekali-kali.
Kewujudan
Blog Semasa2u dengan pelbagai penulisan
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya.
Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus
kekal dengan akhlak dan jati diri insani.
SEKALIPUN berat hati melepaskan pemergiannya, tetapi itulah hakikat yang harus dilalui penyampai radio Hot fm, Faizal Ismail, 32, dan isteri, Nor Azlina Ahmad Din, 32, apabila bayi lelakinya, Adam Haikal Iman meninggal dunia akibat kegagalan jantung, jam 5.30 pagi semalam. Kegembiraan menyambut kelahiran anak kedua selepas lima tahun menanti, nyata hanya sementara apabila bayi berusia 12 hari itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Choh, Rawang pada jam 12.30 tengah hari.
Faizal berkata, selepas dilahirkan pada 17 April lalu di Hospital Sungai Buloh, Adam Haikal seperti bayi normal lain yang hanya dikesan menghidap penyakit kuning.
"Selepas enam hari ditahan di Hospital Sungai Buloh bersama ibunya yang disahkan menghidap darah tinggi, arwah kemudian dibawa pulang ke rumah. Namun beberapa hari selepas itu arwah dikesan menghidap penyakit kuning lagi.
"Bimbang dengan keadaan itu, saya membawanya menjalani pemeriksaan dan rawatan di Hospital Putra Sungai Buloh. Hari kedua di hospital itu, sakit kuningnya dikesan agak tinggi. Justeru, kami diminta merujuknya ke Pakar Kanak-Kanak dan Jantung, Hospital Tawakal.
"Ketika mendapatkan rawatan di hospital itu, tahap kuningnya sudah menurun, tetapi doktor memaklumkan jantungnya menghadapi masalah degupan tidak normal.
"Kata doktor, masalah anak saya rumit kerana ada bahagian injap jantungnya tidak lengkap," katanya ketika ditemui selepas pengebumian anaknya.
Penyampai Radio Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH2007) ini berkata, walaupun dimaklumkan doktor mengenai masalah anaknya itu, dia dan isteri tetap menaruh harapan anaknya selamat dan sihat semula.
"Bagaimanapun awal pagi tadi (semalam) doktor menghubungi saya memberitahu keadaan bayi kami kritikal. Selang 10 minit kemudian, saya dimaklumkan Adam Haikal sudah meninggal dunia.
"Memang saya amat sedih mengenangkannya. Ditambah pula di saat dia hendak 'pergi', saya dan isteri tidak bersamanya kerana berada di rumah.
"Apapun, semuanya ketentuan Tuhan dan saya sekeluarga akur serta reda dengan takdir Ilahi," katanya.
Katanya, kehadiran Adam Haikal cukup dinantikan mereka sekeluarga, malah anak sulung, Nur Khairina Iman, 6, sudah memilih namanya.
"Isteri saya sudah tentu orang paling sedih dengan pemergiannya maklumlah selama sembilan bulan bayi itu dalam kandungannya. Malah, sepanjang hamil, isteri saya juga mengalami alahan teruk hingga sering dimasukkan ke hospital.
"Anak saya dilahirkan secara pembedahan dua minggu lebih awal dari tarikh jangkaan dan beratnya pula hanya 2.17 kilogram," katanya.
petikan dari harian metro P/S :Takziah kepada keluarga Faizal Ismail dengan kepergian buat selamanya anak mereka ke Rahmatullah Dan sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Adam haikal.
assalamualaikum w..w.. saya ucapkan takziah kpd Faizal Ismail dan semoga allah s.w.t menempatkan arwah anaknya d kalangan org2 yg beriman,walaupun dah setahun mayb apa yg terjadi msh lg segar di ingatan anda seperti baru semalam.Begitu juga dengan saya yg mn kelahiran anak lelaki pertama saya pun tlh kmbl ke rahmatullah di sebabkan jantung yg ada mslh krn lhr tdk ckp bln.Walaupun begitu arwah sempat jg bernafas selama 3 jam shj.Kini dah 3thn arwah pergi dan alhamdulillah kami di kurniakan lg anak lelaki 2 org.Yg mn seorang lhr pd tarikh kt menyambut merdeka iaitu 31.08.2007 dan yg satu lg lhr pd ulang thn saya yg ke23 baru-baru ini iaitu 09.06.09.Oleh itu,kita mstlah redha dan akur akan ketentuan yg MAHA ESA krn semua yg terjadi pst ada hikmahnya.Apa2 pun saya doakan semoga ALLAH mengurniakan lg anak lelaki kpd anda...Amin......
•
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. layari di
http://penulisan2u.blogspot.com
•
3000
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. khas untuk peminat. layari di
http://www.penulisan2u.net
•
tip kehidupan, zodiak, rahsia, horoskop, petua,
firasat, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
assalamualaikum w..w..
saya ucapkan takziah kpd Faizal Ismail dan semoga allah s.w.t menempatkan arwah anaknya d kalangan org2 yg beriman,walaupun dah setahun mayb apa yg terjadi msh lg segar di ingatan anda seperti baru semalam.Begitu juga dengan saya yg mn kelahiran anak lelaki pertama saya pun tlh kmbl ke rahmatullah di sebabkan jantung yg ada mslh krn lhr tdk ckp bln.Walaupun begitu arwah sempat jg bernafas selama 3 jam shj.Kini dah 3thn arwah pergi dan alhamdulillah kami di kurniakan lg anak lelaki 2 org.Yg mn seorang lhr pd tarikh kt menyambut merdeka iaitu 31.08.2007 dan yg satu lg lhr pd ulang thn saya yg ke23 baru-baru ini iaitu 09.06.09.Oleh itu,kita mstlah redha dan akur akan ketentuan yg MAHA ESA krn semua yg terjadi pst ada hikmahnya.Apa2 pun saya doakan semoga ALLAH mengurniakan lg anak lelaki kpd anda...Amin......