Kehidupan adalah anugerah utama Illahi.
Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita
manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat
manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan
diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa
yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian
hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt
kepada kita. Halakan kegunaan akal, hati dan lidah pada
perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan
akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan
kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN
sekali-kali.
Kewujudan
Blog Semasa2u dengan pelbagai penulisan
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya.
Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus
kekal dengan akhlak dan jati diri insani.
ALOR STAR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno dengan alasan hilang keyakinan serta prestasi mengecewakan parti itu pada pilihan raya umum ke-12 lalu.
"Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk "Nasib Kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di sini hari ini.
Walaupun Umno masih memerintah dengan majoriti mudah, namun empat negeri jatuh ke tangan parti pembangkang.
Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyarankan ahli Umno lain mengikuti beliau keluar parti sebagai langkah mewujudkan tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi untuk melepaskan jawatan.
Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.
"Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai keluar dari Umno)," katanya.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan kepada ahli yang keluar agar tidak menyertai parti pembangkang.
Yeah! Bravo! you memang daring. Jom ramai2 keluar UMNO ikut Che Det. Those yg ada dalam parliament tu pun should follow his footsteps and see what happen to this country and the Malays.
orang Tun, Setia seperti Laksamana Hang Tuah tetapi berani menentang seperti Hang Jebat...wahai ahli UMNO dan orang Melayu fikirkan lah...tunjukkanlah keberanian mu..Syabas Tun..
kembalikan semula kegemilangan UMNO..saya anak muda yang tidak mahu masa depan negara terkorban..Tun lebih berpengalaman jadi dia tahu apa yang dia lakukan....
berhenti menuding jari ke arah orang lain...berpeganglah kepada Al Quran dan Sunnah walau dalam apa keadaan sekalipun kerana di dalamnya terdapat semua petunjuk yang diperlukan..berusahalah mencontohi zaman pemerintahan agung Khulafa Ar-Rasyidin meski sukar untuk dikecapi kerana kita umat yang telah banyak berpecah hanya demi kepentingan diri sendiri...semakin meningkat usia kita,semakin hampirlah kita kepadaNya bukan kepada urusan dunia semata...moga terus mendapat hidayahNya..cermin diri,hiasi peribadi =)
•
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. layari di
http://penulisan2u.blogspot.com
•
3000
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. khas untuk peminat. layari di
http://www.penulisan2u.net
•
tip kehidupan, zodiak, rahsia, horoskop, petua,
firasat, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
Yeah! Bravo! you memang daring. Jom ramai2 keluar UMNO ikut Che Det. Those yg ada dalam parliament tu pun should follow his footsteps and see what happen to this country and the Malays.