Kehidupan adalah anugerah utama Illahi.
Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita
manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat
manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan
diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa
yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian
hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt
kepada kita. Halakan kegunaan akal, hati dan lidah pada
perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan
akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan
kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN
sekali-kali.
Kewujudan
Blog Semasa2u dengan pelbagai penulisan
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya.
Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus
kekal dengan akhlak dan jati diri insani.
JOHOR BAHRU: Selepas isu cerai SMS heboh diperkatakan, kini muncul cerai pos laju apabila seorang anggota polis marin berpangkat koperal di Muar sanggup menceraikan isteri keduanya menerusi kaedah penghantaran surat.
Dia menghantar sijil cerai melalui pos laju kepada rakan setugasnya, seorang pegawai polis marin di Ibu Pejabat Polis Marin Wilayah Selatan di Tampoi di sini, untuk diberikan kepada bekas isterinya itu.
Tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan wanita berkenaan kini kebingungan memikirkan masa depan dua anak lelaki mereka berusia 10 dan 12 tahun berikutan perkahwinan pasangan terbabit tidak didaftarkan di negara ini.
Anggota polis marin berusia 45 tahun itu memperoleh sijil cerai daripada Majlis Agama Islam Narathiwat, Thailand, 2 Februari lalu, sebelum menggunakan pos laju untuk menghantarnya kepada pegawai terbabit pada 18 Februari lalu.
Menceritakan kisah dukanya itu, Teena Jasman, 46, berkata dia dihubungi pegawai berkenaan untuk mengambil sijil cerai di ibu pejabat polis marin di Tampoi.
“Bayangkan perasaan seorang isteri apabila mendapat sijil cerai dengan cara seperti itu. Hati saya remuk memikirkan masa depan anak...bagaimana nak menyara mereka dengan purata pendapatan RM500 sebulan upah mencuci pinggan.
“Hanya kerja seperti itu yang mampu saya buat kerana tidak pernah bersekolah tapi saya tak mahu anak mengalami nasib sama.
“Paling penting sekarang ialah untuk mendaftarkan semula perkahwinan dan perceraian kami di negara ini seperti dijanjikan bekas suami ketika kami berkahwin di Thailand 13 tahun lalu bagi membolehkan saya membuat tuntutan nafkah anak.
“Saya sudah puas memujuknya mendaftarkan perkahwinan sejak kami masih suami isteri. Dia sentiasa berdegil dengan alasan tiada duit dan tiada masa,” katanya yang sudah membuat aduan di Jabatan Agama Johor (JAJ) dan Mahkamah Syariah tetapi dinasihatkan mendaftarkan dulu perkahwinan di negara ini untuk membolehkan tuntutan nafkah dibuat.
Dakwa Teena, perkahwinannya kian retak selepas dia mendapat tahu bekas suami mendirikan rumah tangga secara senyap dengan wanita Indonesia di negara itu, tiga tahun lalu.
“Semuanya bermula apabila saya ternampak resit kiriman wang ke Indonesia. Mengesyaki sesuatu, saya menghubungi nombor telefon yang tertera pada resit itu. Perempuan itu mengaku isteri ketiga kepada bekas suami saya,” katanya.
Dia hanya sempat menikmati kebahagiaan untuk dua tahun pertama ketika menetap di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Selepas itu, berlaku perselisihan faham apabila berpindah ke Johor Bahru, 10 tahun lalu.
Namun, Teena cuba menyelamatkan rumah tangga dengan mengikut suaminya berpindah ke Muar dua tahun lalu.
Di situ, dia bekerja sebagai tukang kebun untuk menyara anak tetapi ternyata jodoh mereka sukar diselamatkan.
“Selepas bersabar hampir dua tahun, akhirnya saya mengambil keputusan membawa anak tinggal berasingan di Pasir Gudang sejak Mei lalu kerana tidak tahan lagi dengan sikap bekas suami,” katanya.
Teena berkata, dia mempunyai hubungan baik dengan madu pertama dan pernah memberi wang kepadanya.
“Ini kerana dia mempunyai lima anak dengan bekas suami. Saya bertanggungjawab kerana berkongsi kasih dengan suami sama, lagipun dia dapat menerima saya.
“Saya cukup sedih mengenangkan sikap bekas suami. Baru-baru ini anak sulung kami berkhatan dan dia menghubungi ayahnya menerusi SMS, tapi hanya dijawab baguslah. Malah, kali terakhir anak dapat merasa duit ayahnya sebelum Aidilfitri tahun lalu,” katanya.
Teena berharap pihak berkuasa membantu menyelesaikan masalah status perkahwinan dan perceraiannya dengan menghubunginya di talian 019-6091879
•
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. layari di
http://penulisan2u.blogspot.com
•
3000
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. khas untuk peminat. layari di
http://www.penulisan2u.net
•
tip kehidupan, zodiak, rahsia, horoskop, petua,
firasat, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com