Kehidupan adalah anugerah utama Illahi.
Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita
manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat
manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan
diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa
yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian
hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt
kepada kita. Halakan kegunaan akal, hati dan lidah pada
perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan
akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan
kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN
sekali-kali.
Kewujudan
Blog Semasa2u dengan pelbagai penulisan
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya.
Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus
kekal dengan akhlak dan jati diri insani.
MOHAMED Hameed, lima tahun tidak mengerti apa-apa ketika dia berlari-lari bersama-sama rakannya di atas sisa runtuhan sebuah sekolah di Al Aydia, Baghdad yang musnah dibedil tentera Amerika Syarikat (AS).
Sekali sekala dia memegang satu kelongsong peluru dan melontarkannya ke arah rakan-rakannya. Di Dataran Firdaus, seorang wanita sambil membawa sekeping gambar menghampiri sekumpulan wartawan asing sambil menangis berkata sesuatu dalam bahasa yang tidak difahami oleh wartawan berkenaan.
Manakala di satu sudut lain pula, sekumpulan lelaki sambil memegang pelbagai sepanduk dengan penuh perasaan melaungkan slogan anti-AS.
Begitulah keadaan kota Baghdad selepas kejatuhan pemerintahan Saddam Hussein pada 9 April lalu, kekeliruan, kebingungan dan kemarahan terus melumuri rakyat Iraq.
Sememangnya, ketika memasuki kota Baghdad pada Isnin lalu selepas menempuh perjalanan sejauh 1,000 kilometer dari Amman, Jordan, penulis sudah dapat merasai perasaan tersebut yang kini terus menguasai kehidupan rakyat Iraq.
Bangunan dan rumah yang musnah akibat dibom, kereta-kereta kebal dan trak yang hancur serta kubu-kubu tentera Iraq yang berkecai merupakan `teman' sepanjang jalan memasuki kota Baghdad.
Walaupun kejayaan tentera bersekutu yang diketuai oleh AS menamatkan pemerintahan 24 tahun Saddam adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh rakyat Iraq namun ini tidak bermakna penderitaan mereka sudah berakhir.
Sebaliknya, kejayaan tersebut meletakkan Iraq bagaikan sebuah negara yang berada dalam kekeliruan dan kekalutan kerana sehingga kini tiada tanda-tanda jelas bilakah kerajaan baru akan ditubuhkan.
Apa yang kelihatan ialah tentera-tentera AS berada di setiap penjuru kota Baghdad dan menjadikan istana-istana yang selama ini menjadi lambang kemewahan Saddam sebagai tempat menginap.
Walaupun peperangan secara terbuka tidak lagi berlaku pada siang hari dan rakyat dilihat dapat menjalankan aktiviti harian mereka namun ini tidak bermakna bahawa kota Baghdad dan daerah-daerah lain di Iraq sudah selamat dan aman.
Di Baghdad, contohnya bunyi tembakan dan letupan bom seolah-olah menjadi `irama yang tidak diundang' sebaik sahaja matahari mulai terbenam di ufuk timur.
Walaupun tentera AS mengisytiharkan perintah berkurung mulai pukul 11 malam hingga 6 pagi, namun ia bukanlah halangan bagi kelompok pro-Saddam untuk melancarkan serangan ke atas tentera AS.
Sebagai contoh, pada Khamis lalu, kira-kira pukul 1 pagi waktu Malaysia (9 malam waktu tempatan) pertempuran tercetus hampir 30 minit antara kedua-dua pihak di satu kawasan yang terletak tidak sampai 100 meter dari Hotel Flowers Land yang menjadi penginapan penulis dan sembilan wartawan Malaysia yang lain.
Keadaan tersebut menurut rakyat Iraq yang ditemui menunjukkan bahawa penyokong-penyokong Saddam masih berkeliaran di Baghdad dan berusaha untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan mereka.
Ia juga sekali gus membimbangkan rakyat Iraq kerana sehingga kini mereka tidak mendapat gambaran yang pasti mengenai nasib Saddam dan sebahagian besar anggota kabinetnya.
Perasaan bimbang rakyat Iraq itu mungkin menimbulkan tanda tanya kepada kita tetapi itulah hakikatnya, sistem pemerintahan Saddam yang dianggap diktator dan kejam telah menyebabkan rakyat Iraq membencinya dan gembira dengan kejatuhan beliau.
``Kami berasa tetap tidak selamat selagi tidak mengetahui Saddam masih hidup atau mati, adalah sesuatu yang aneh kerana tiada sesiapa pun tahu apa terjadi ke atasnya.
``Namun dalam masa yang sama kami tidak rela mana-mana kuasa asing menjajah kami,'' kata seorang bekas pegawai Kementerian Dalam Negeri Iraq, Ismail Ibrahim.
Bagi rakyat Iraq, kejatuhan Saddam adalah suatu kemerdekaan baru kepada mereka. Oleh itu tidak hairanlah jika Dataran Firdaus yang suatu ketika dahulu dikenali Dataran Saddam menjadi tumpuan.
Di kawasan ini, kita akan dapat melihat seribu satu gelagat rakyat Iraq selepas kepimpinan Saddam berakhir, ia termasuklah mengadakan demonstrasi mengecam Saddam dan mendesak AS meninggalkan negara tersebut.
Aktiviti demonstrasi ini tidak wujud di Iraq sejak 24 tahun lalu kerana ia diharamkan oleh Saddam dan kini apabila beliau sudah tiada Dataran Firdaus yang sebelum ini dihiasi dengan patung lambang pemerintahan Saddam telah berubah wajah seolah-olah menjadi medan demokrasi.
Rakyat Iraq meluahkan segala-galanya di sini termasuk desakan ditubuhkan segera sebuah kerajaan baru kerana kehidupan mereka kini amat tertekan.
Majoriti rakyat Iraq menjadi penganggur akibat peperangan yang tercetus manakala ratusan ribu kanak-kanak tidak dapat bersekolah.
Sekadar catatan, pencerobohan tentera AS ke atas Iraq pada 20 Mac lalu telah menyebabkan kira-kira 1,600 orang awam terbunuh. Kira-kira 2,300 tentera Iraq dilaporkan mati di Baghdad sahaja dan dianggarkan 5,100 orang Iraq cedera.
``Semua keadaan ini boleh dielakkan jika Saddam tidak tamak untuk mempertahankan kekuasaannya,'' kata Salem Al Hulaimy seorang bekas juruterbang pesawat Tentera Udara Iraq.
Sememangnya bagi rakyat Iraq, sepanjang 24 tahun di bawah pemerintahan Saddam, mereka hanya diajar bagaimana untuk berperang dan bersedia untuk perang... tiada lain daripada itu.
Bermula dengan perang dengan Iran dan diikuti pencerobohan ke atas Kuwait pada 1991, Iraq bagaikan sebuah negara yang suka berperang.
Kesudahannya kini melalui serangan AS ke atas Iraq dengan alasan menghapuskan keganasan, 25 juta rakyat hidup dalam penderitaan.
Kemusnahan dapat dilihat di mana-mana di sekitar kota Baghdad, bangunan kerajaan, rumah orang awam, sekolah dan masjid sebahagian besar hampir musnah akibat dibedil tentera AS. Keadaan itu sekali gus menyebabkan rakyat Iraq yang selama ini sudah cukup menderita akibat sekatan ekonomi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semakin sengsara.
Majoriti daripada mereka tidak mempunyai sumber pendapatan bagi menyara kehidupan sehingga memaksa mereka melakukan apa sahaja untuk memperoleh wang.
Bagi golongan profesional yang kehilangan pekerjaan akibat peperangan, mereka cuba mencari sumber pendapatan dengan menawarkan khidmat menjadi penterjemah dan pemandu kepada wartawan asing.
Kesimpulannya, berdasarkan pemerhatian penulis adalah jelas serangan AS ke atas Iraq walaupun melepaskan cengkaman rakyat Iraq daripada pemerintahan Saddam namun ia hanya menyebabkan mereka terpaksa menikmati kebebasan dalam penderitaan.
``Apa yang berlaku masih belum boleh memungkinkan senyuman yang hilang di wajah kami sejak 35 tahun lalu kembali semula,'' kata Zahra - seorang gadis berusia 21 tahun yang kehilangan bapanya dalam serangan AS tersebut.
Kata-kata Zahra dan apa yang dialami oleh rakyat Iraq sekarang sekali gus membuktikan bahawa kebebasan tidak boleh dicapai melalui peperangan yang sudah pastinya hanya membawa kesengsaraan dan kemusnahan.
P/S :Syukur Alhamdulillah negara kita Malaysia Aman dan Maju. Sama-samalah kita berdoa untuk umat islam di Iraq.
The article is very interesting. And I also want to share articles about health, I'm sure this will be useful. Read and share it. Thank you very much :)
This article is interesting and useful. Thank you for sharing. And let me share an article about health that God willing will be very useful. Thank you :)
The article is very interesting. And I also want to share articles about health, I'm sure this will be useful. Read and share it. Thank you very much :)
•
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. layari di
http://penulisan2u.blogspot.com
•
3000
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. khas untuk peminat. layari di
http://www.penulisan2u.net
•
tip kehidupan, zodiak, rahsia, horoskop, petua,
firasat, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
jordan 6 rings
cheap oakley sunglasses
longchamp outlet
abercrombie kids
cheap nfl jerseys
cheap chi straighteners
michael kors handbags
michael kors outlet
cheap jerseys
coach outlet
aviator sunglasses
michael kors handbags
abercrombie store
celine outlet
retro 11
abercrombie fitch
michael kors
barbour uk
air jordans
air jordan retro
dior bags
ray ban glasses
polo ralph lauren
fitflops clearance
michael kors bag
michael kors outlet online
prada outlet
hollister clothing store
kevin durant basketball shoes
louis vuitton online shop