Kehidupan adalah anugerah utama Illahi.
Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita
manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat
manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan
diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa
yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian
hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt
kepada kita. Halakan kegunaan akal, hati dan lidah pada
perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan
akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan
kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN
sekali-kali.
Kewujudan
Blog Semasa2u dengan pelbagai penulisan
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya.
Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus
kekal dengan akhlak dan jati diri insani.
Kekejaman puak zionis terhadap masyarakat Islam Palestin tidak pernah reda. Dalam kes terbaru, Israel melancarkan serangan roket yang mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin termasuk kanak-kanak berusia sebulan. Biarpun, dari segi geografinya kita dan Palestin agak jauh namun sebagai saudara seIslam, kita sewajarnya turut mengambil berat serta membantu mereka.
Ini sebagaimana firman Allah: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (al-Hujurat: 10)
Kepada wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto HAYAT SUEET, Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor membincangkan isu ini.
Apakah keadaan terkini umat Islam di Palestin?
DR. HAFIDZI: Sebenarnya situasi di Gaza tidak banyak berubah dalam tempoh satu dua bulan ini. Malah, ia semakin gawat sebenarnya.
Cuma kalau kita mahu gambaran sebenar kita tidak boleh bergantung kepada media antarabangsa Barat. Sebabnya mereka lebih diselubungi isu lain terutama pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS). Di Malaysia pula, kita juga lebih tertumpu kepada kempen Pilihan Raya Umum ke-12.
Saya ada mendapat maklumat terkini daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Azzaituna Institute yang beribu pejabat di Beirut. Pertubuhan ini menangani isu Palestin dan juga nasib pelarian.
Daripada mereka gambaran di Palestin adalah seperti berikut:
lTiada lagi transaksi masuk atau keluar bekalan makanan, kecuali yang sangat asas dan itu pun sangat minimum dan sebahagian besarnya adalah melalui agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Sebagai gambaran, suri rumah di Semenanjung Gaza hanya membelanjakan 10 peratus daripada perbelanjaan mereka sebelum ini. Contohnya, kalau sebelum ini suri rumah membelanjakan RM100 seminggu, kini mereka hanya belanja RM10 seminggu.
lIsrael juga menyekat bekalan klorin yang mana sebelum ini sudah pun berhadapan dengan krisis air. Klorin ini digunakan untuk merawat air minuman kerana ia membunuh bakteria. Apabila Israel sebelum ini menyekat bekalan minyak, telaga-telaga air di Palestin sudah tidak boleh digunakan kerana telaga ini menggunakan pam yang memerlukan tenaga elektrik untuk berfungsi. Dilaporkan kira-kira satu pertiga (1/3) daripada pam tidak berfungsi bermakna 1/3 daripada penduduk Palestin tidak dapat bekalan air bersih.
lDari segi kesihatan, setakat Januari lalu 75 pesakit mati akibat peralatan hospital tidak berfungsi. Alat-alat seperti bantuan pernafasan, mesin hemodialisis dan inkubator semuanya tidak berfungsi kerana ketiadaan bekalan elektrik.
lPenduduk Gaza juga berhadapan
dengan serangan roket Israel setiap hari. Disebabkan peralatan hospital banyak yang tidak berfungsi, sudah tentulah mereka yang cedera tidak akan dapat rawatan yang sewajarnya.
lBilangan pengangguran di Palestin kini mencecah 50 peratus setakat Januari lalu. Sebabnya kilang-kilang perusahaan tidak dapat beroperasi. Apabila tidak bekerja, maka sudah tentu tidak dapat menyediakan keperluan asas keluarga.
lSituasi ini diburukkan lagi apabila pada 20 Januari lalu, Israel menyekat bekalan minyak. Natijahnya, hampir seluruh Gaza bergelap. Stesen janakuasa sedia ada hanya mampu bekalkan elektrik ke 1/3 kawasan Gaza. Selebihnya dibekalkan oleh Israel sebelum ini.
Melihatkan kepada perbuatan zalim dan ganas Israel seolah-olah tiada berakhirnya penderitaan rakyat Palestin. Jadi apakah penyelesaian dalam hal ini?
DR. HAFIDZI: Kita perlu kembali kepada asas isu. Siapakah yang menceroboh, lakukan penjajahan dan melanggar hak asasi manusia. Jawapannya, tidak syak lagi yang berada di pihak yang salah ialah Israel.
Jadi, kalau nak selesai Israel kena berundur dari wilayah yang ditaklukinya iaitu Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Baitul Maqdis Timur. Memang ini pun Resolusi 242 yang dibuat di PBB pada 1967.
Pada tahun 2005, Israel berundur dari Gaza dan memindahkan semua pendatang haram Israel. Namun, pada masa yang sama, rejim zionis itu melakukan sekatan udara, laut dan darat. Dengan kata lain, Gaza masih terus terjajah.
Apabila isu ini tidak mendapat pembelaan masyarakat antarabangsa, sudah tentulah rakyat Palestin perlu membela diri sendiri. Ini adalah tindakan semula jadi manusia.
Para pejuang Palestin menyerang sebab mahu mempertahankan diri dan melepaskan daripada kepungan.
Bagaimanapun, media antarabangsa Barat pula sering melabelkan serangan itu sebagai kumpulan pengganas. Apakah kesannya dalam jangka panjang?
DR. HAFIDZI: Kadang-kadang media Barat dan masyarakat antarabangsa tidak adil menilai situasi di Gaza. Mereka lebih banyak menguar-uarkan serangan oleh pejuang Palestin tetapi tidak kaitkan langsung serangan Israel ke atas penduduk Palestin.
Apalah sangat kesan serangan pejuang Palestin yang hanya guna roket buatan sendiri berbanding Israel yang menggunakan segala kekuatan tentera baik kereta kebal, serangan udara dan juga meriam.
Roket pejuang Palestin ini jarang mengenai sasaran dan boleh dibilang rakyat Israel yang cedera atau terkorban disebabkannya. Dalam tempoh dua tahun ini, tidak sampai 10 rakyat Israel yang terbunuh.
Walhal setiap kali serangan Israel membunuh 10 ke 20 penduduk Palestin. Malah, kanak-kanak kecil dan wanita kerap menjadi mangsa kekejaman zionis.
Apa pula tindakan negara-negara Arab dalam hal ini?
DR. HAFIDZI: Saya suka membahagikan isu ini kepada dua iaitu pemimpin Arab dan masyarakat Arab.
Rakyat Arab memang amat prihatin terhadap apa yang berlaku di Gaza. Antara sebab ia masih bertahan sehingga kini ialah bantuan daripada masyarakat Arab dan saudara yang berdekatan.
Sebagai contoh, apabila Israel menyekat bekalan ubat-ubatan, Persatuan Doktor di Mesir mengumpulkan 5 juta pound membeli bekalan ubat-ubatan untuk dihantar ke Gaza.
Pergerakan Ikhwan Muslimin pula bersetuju mengetepikan 25 peratus pendapatan mereka untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.
Cuma masalahnya ialah para pemimpin Arab. Untuk menyelesaikan isu serantau begini ia perlukan campur tangan rasmi kerajaan. Dan di sinilah para pemimpin Arab gagal.
Sebabnya, pemimpin yang ada itu tunduk kepada kehendak dasar luar AS atas kepentingan peribadi atau politik. Negara-negara Arab kini setidak-tidaknya sudah ada hubungan dagang dengan Israel menyebabkan mereka tidak bersungguh dalam isu Palestin.
Mereka lebih pentingkan hubungan dagang itu dan bimbang jika cuba ‘khianati’ syarat damai sebelum ini, mereka mungkin dikenakan tindakan oleh AS.
Contohnya, apabila Tembok Rafah diletupkan oleh rakyat Palestin untuk mendapatkan bekalan makanan di Mesir, ia ditutup semula atas desakan Israel. Alasan Israel, supaya Palestin tidak diceroboh oleh kumpulan pengganas.
Kerajaan Mesir nampaknya tunduk kepada Israel mengatasi tanggungjawabnya kepada penduduk Gaza.
Apakah nasib perjanjian damai yang kononnya mahu dimuktamadkan sebelum Presiden Bush tamatkan penggalnya tahun 2009?
DR. HAFIDZI: Memang Bush sudah beberapa kali cuba mencari jalan damai dalam isu ini. Bukan beliau sahaja, malah ia dilakukan oleh semua presiden AS sebelum ini. Mereka cuba mencipta nama dengan wujudkan usaha damai di Asia Barat tetapi semuanya gagal.
Sebab utama kegagalan ialah Israel sendiri yang tidak bersungguh-sungguh sejak tahun 1948 lagi. Hamas yang muncul pada 1987 hanya dijadikan alasan untuk tidak mahu berdamai. Apa yang mereka mahukan ialah penjajahan yang berkekalan.
Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia dalam isu ini?
DR. HAFIDZI: Kita berada dalam kedudukan yang baik untuk membantu sebagai Pengerusi Persidangan Negara-negara Islam (OIC).
Sewajarnya, usaha menjuarai isu ini di peringkat antarabangsa sehingga ke PBB dilakukan. Ruang ini belum kita terokai dengan baik.
Kita masih ada ruang menghulurkan pelbagai bantuan. Beberapa NGO seperti Aman Palestin, Jamaah Islah Malaysia dan PACE adalah antara yang aktif menggerakkan kesedaran masyarakat dalam isu ini.
Media juga diharap membantu mengetengahkan isu ini untuk elak rakyat beranggapan isu ini dah reda. Hakikatnya, keadaan makin tenat.
Kita sememangnya telah, sedang dan akan bantu Palestin. Yang penting jangan putus asa. Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w, Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayanya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya). (Muttafak alaihi)
P/S: Bersyukurlah Malaysia aman dan maju. tapi ingatlah walaupun kita aman, kita gembira, masih ada lagi manusia yang menghadapi kehidupan yang sengsara. Berdoalah untuk keamanan umat islam di Palestin. boikot produk israel, boikot produk AS
•
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. layari di
http://penulisan2u.blogspot.com
•
3000
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. khas untuk peminat. layari di
http://www.penulisan2u.net
•
tip kehidupan, zodiak, rahsia, horoskop, petua,
firasat, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
hollister uk, nike roshe run uk, sac longchamp pas cher, nike air max uk, north face, vans pas cher, michael kors, kate spade, nike blazer pas cher, longchamp pas cher, ray ban uk, nike free run, abercrombie and fitch uk, louboutin pas cher, coach outlet store online, timberland pas cher, nike roshe, north face uk, polo ralph lauren, oakley pas cher, nike air max, sac vanessa bruno, hollister pas cher, polo lacoste, true religion outlet, ralph lauren uk, nike tn, sac hermes, ray ban pas cher, coach outlet, jordan pas cher, michael kors, coach purses, nike air force, true religion jeans, lululemon canada, michael kors pas cher, mulberry uk, nike air max uk, true religion outlet, burberry pas cher, michael kors outlet, nike free uk, converse pas cher, coach outlet, hogan outlet, new balance, guess pas cher, true religion outlet, air max