Kehidupan adalah anugerah utama Illahi.
Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita
manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat
manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan
diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa
yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian
hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt
kepada kita. Halakan kegunaan akal, hati dan lidah pada
perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan
akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan
kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN
sekali-kali.
Kewujudan
Blog Semasa2u dengan pelbagai penulisan
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya.
Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus
kekal dengan akhlak dan jati diri insani.
KUALA TERENGGANU: Datuk Ahmad Said yang mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Terengganu semalam, berikrar untuk meneruskan agenda pembangunan negeri yang direncana dan diasaskan oleh Datuk Seri Idris Jusoh.
Sambil mengharapkan bekas Menteri Besar itu membimbingnya, Ahmad berkata, semua projek pembangunan yang sudah dirancang dan diluluskan Idris, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan Kerajaan Pusat akan diteruskan.
"Keutamaan kita ialah untuk melihat dan memastikan masalah kemiskinan dapat diatasi serta usaha meningkatkan pendapatan rakyat dilaksanakan. Kita akan cari pendekatan terbaik supaya masalah ini dapat diatasi.
"Saya akan meminta nasihat Idris dan sedia berbincang dengan beliau mengenai pembentukan barisan Exco secepat mungkin," katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Tugas Menteri Besar di Tingkat 18, Wisma Darul Iman, di sini, semalam.
Majlis serah tugas antara Ahmad dan Idris itu disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong; Penasihat Undang-undang Negeri, Noor Bahari Baharuddin dan Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mazlan Ngah.
Terdahulu, Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal dan menerima watikah pelantikan daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) pada 23 Mac lalu, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu ke-13 di Istana Maziah, di sini.
Ahmad, 51, mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail dengan disaksikan Yang Dipertua MPPR, Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman; serta dua ahli MPPR, Tengku Seri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman.
Selepas melafaz sumpah jawatan dan ikrar taat setia, Ahmad yang mendapat restu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Majlis Tertinggi (MT) Umno, menandatangani watikah pelantikannya di hadapan Tengku Muhammad Ismail.
Semua 32 Adun yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu, termasuk 22 Adun Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini menyokong pelantikan Idris, turut menghadiri istiadat angkat sumpah itu.
Sejurus istiadat selesai dengan keberangkatan pulang Pemangku Raja, Ahmad dilihat menuju ke arah Idris yang juga Adun Jertih yang duduk di barisan hadapan untuk bersalaman dan berpelukan dalam suasana sebak dan penuh emosi.
Pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar oleh MPPR menimbulkan kontroversi apabila Idris yang menerima watikah pelantikan daripada Abdullah untuk dilantik semula ke jawatan itu turut disokong oleh 22 Adun BN.
Bagaimanapun, MT Umno pada 27 Mac lalu memperakukan dan menyokong keputusan MPPR melantik Ahmad sebagai Menteri Besar, sekali gus mengetepikan Idris yang dicalonkan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN.
Mengenai pembentukan Exco, Ahmad berkata perkara itu dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya minggu depan kerana beliau perlu mendapatkan pandangan Perdana Menteri terlebih dulu.
Ketika diminta mengulas sama ada kesemua 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang sebelum ini menyokong Idris sudah berjumpa dengannya secara peribadi, Ahmad sambil tersenyum berkata: "Semalam (kelmarin) dan hari ini (semalam) dah jumpa... tiada masalah, semuanya kawan-kawan".
Sementara itu berucap pada majlis itu, Ahmad memuji peranan, kehebatan dan kebolehan Idris mentadbir negeri ini selama empat tahun dengan melakukan pelbagai perubahan serta pembangunan adalah pencapaian yang terbilang.
Katanya, sebagai sahabat dan rakan Idris ketika menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM), kerajaan negeri mengiktiraf Idris sebagai pemimpin berjaya mencorakkan pembangunan baru Terengganu yang akan dikenang sampai bila-bila.
•
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. layari di
http://penulisan2u.blogspot.com
•
3000
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. khas untuk peminat. layari di
http://www.penulisan2u.net
•
tip kehidupan, zodiak, rahsia, horoskop, petua,
firasat, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
wellensteyn jackets
asics
polo ralph lauren
kobe shoes
michael kors bags
coach outlet online
ugg boots
ghd hair straighteners
michael kors outlet store
michael kors outlet clearance
timberland boots
the north face jackets
cheap uggs
chanel handbags
swarovski crystal
oakley outlet
michael kors outlet
tory burch outlet
futbol baratas
michael kors handbags clearance
chanel outlet
oakley sunglasses
louis vuitton handbags
iphone cases
ugg sale
michael kors outlet online
uggs outlet
ralph lauren outlet
cyber monday deals
mcm outlet
cheng1125