Kehidupan adalah anugerah utama Illahi.
Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita
manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat
manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan
diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa
yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian
hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt
kepada kita. Halakan kegunaan akal, hati dan lidah pada
perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan
akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan
kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN
sekali-kali.
Kewujudan
Blog Semasa2u dengan pelbagai penulisan
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya.
Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus
kekal dengan akhlak dan jati diri insani.
GEMAS: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Melaka akibat tertelan gigi palsu teman wanitanya ketika sedang asyik bercumbuan, Rabu lalu.
Dalam kejadian jam 10.45 malam di sebuah ladang kelapa sawit di Gugusan Felda Palong, dekat sini, mangsa bersama beberapa rakan serta teman wanita masing-masing dikatakan menghidu gam sebelum khayal di dalam pondok di ladang berkenaan.
Menurut sumber, dalam keadaan khayal mangsa yang dikatakan asyik bercumbuan dengan teman wanitanya secara tidak sengaja tertelan gigi palsu kekasihnya yang tercabut.
"Menyedari gigi palsunya tercabut, wanita berusia 17 tahun itu panik dan mencari-cari di sekeliling tetapi tidak berjumpa sebelum mangsa memberitahu dia tertelan gigi palsu berkenaan," katanya.
Sumber itu berkata, mangsa yang pulang ke rumah bagaimanapun dikatakan mengalami sakit perut pada pagi Khamis lalu pergi ke sebuah klinik swasta di pekan Bahau untuk mendapatkan rawatan tetapi doktor memintanya mendapatkan rawatan di hospital.
"Mangsa yang bimbang rahsianya diketahui dan bagi mengelakkan menanggung aib terpaksa pergi mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Melaka untuk mendapatkan rawatan.
"Doktor yang menjalankan pemeriksaan mengesahkan ada gigi palsu dalam perut mangsa selepas pemeriksaan x-ray sebelum memberi sejenis cecair bagi mengeluarkan gigi berkenaan melalui duburnya," katanya.
Sumber itu berkata, selepas lima jam memakan cecair yang diberikan doktor, gigi palsu itu berjaya dikeluarkan sebelum mangsa dibenarkan pulang ke rumah Jumaat lalu.
•
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. layari di
http://penulisan2u.blogspot.com
•
3000
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. khas untuk peminat. layari di
http://www.penulisan2u.net
•
tip kehidupan, zodiak, rahsia, horoskop, petua,
firasat, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
aduh!!!!macam2 la...len kali..periksa dlu..temen laki or wanita pakai gigi palsu ke x....