Kehidupan adalah anugerah utama Illahi.
Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita
manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat
manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan
diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa
yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian
hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt
kepada kita. Halakan kegunaan akal, hati dan lidah pada
perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan
akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan
kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN
sekali-kali.
Kewujudan
Blog Semasa2u dengan pelbagai penulisan
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya.
Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus
kekal dengan akhlak dan jati diri insani.
SETENGAHNYA masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat.
Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan.
Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan (gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.
Suasana menyayat hati di bilik mandi mayat Masjid Pusara Aman dapat dilihat setiap minggu.
Kesemua janin Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat. Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH).
Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital-hospital tersebut.
Ampunkan umatmu ini.. Jauhi hambamu dari malapetaka, sesungguhnya hambamu ini hambamu yang lemah. Melihat bayi yang tak berdosa diperlakukan demikian, hambamu ini terasa kerdil disisimu. YA ALLAH.......Ampunkan dosaku.. AMIN...
semakin hari manusia jadi semakin kejam. kdg2 skp mnsia skrg lbh truk dr bntang. pe akn jd pd mnsia pd msa dpn? klbihan yg ade d gna d jln yg slah. NOR
ya Allah...knape manusia semakin zalim? kasihanilah bayi2 tu... dasyat... azab yang menimpa akan lebih pedih..apa yang kita lihat bayi2 tu,nasibnya...menyedihkan..
SETELAH AKU MELIHAT APA YG TERJADI,HATIKU TERASA SANGAT PEDIH DIATAS APA YG BERLAKU PADA ZAMAN SKRG YA ALLAH ENGKAU BUKAKANLAH PINTU HATI UMATMU YG SUDAH JAUH TERPESONG DARI JALANMU,PERHATIAN KEPADA SEMUA PEMBACA APAKAH PERLU KERAJAAN MENERIMA HUKUM HUDUD YG DISARANGKAN OLEH PEMIMPIN PAS KELANTAN SUPAYA BENDA2 YANG BURUK TIDAK BERLAKU.
•
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. layari di
http://penulisan2u.blogspot.com
•
3000
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. khas untuk peminat. layari di
http://www.penulisan2u.net
•
tip kehidupan, zodiak, rahsia, horoskop, petua,
firasat, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
MasyaAllah...sedihnya..:(