Kehidupan adalah anugerah utama Illahi.
Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita
manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat
manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan
diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa
yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian
hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt
kepada kita. Halakan kegunaan akal, hati dan lidah pada
perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan
akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan
kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN
sekali-kali.
Kewujudan
Blog Semasa2u dengan pelbagai penulisan
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya.
Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus
kekal dengan akhlak dan jati diri insani.
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin rudy@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: "Selepas berjaya mengeluarkan semua barang, baru saya teringat Mawi masih di dalam rumahnya," kata seorang wanita mangsa kebakaran yang memusnahkan tiga rumah papan di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, dekat sini, awal pagi semalam.
Mariana Sunyi, 35, berkata disebabkan terlalu panik dan keadaan kelam-kabut, dia terlupa untuk menyelamatkan Mawi, seekor anak kera berusia empat tahun yang masih tertambat di dalam rumahnya ketika kebakaran merebak.
"Bagaimanapun, umur Mawi masih panjang kerana sebahagian daripada rumah hangus ketika kami menyelamatkannya. Dia cedera di tangan kanan akibat terkena api," katanya ketika ditemui, semalam.
Mariana berkata, dia membela Mawi sebagai haiwan peliharaan dan membina se buah rumah kecil khusus sebagai tempat berteduh di tepi rumahnya yang dijilat api dalam kebakaran itu.
Kera berkenaan diberikan nama Mawi kerana dia amat meminati penyanyi terkenal kelahiran Johor, Asmawi Ani sejak anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai itu mun cul juara Akademi Fantasia 3.
laa...awat minat mawi world, berok pun digelarkn mawi...jgn la sampai lagu tu k...kejut gak dengaq mawi nyaris maut..naseb bukan mawi (owang)..ermm...pe pun cik, jaga baeq2 haiwan peliharaan tu...jgn dok lupa k...take care..
•
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. layari di
http://penulisan2u.blogspot.com
•
3000
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. khas untuk peminat. layari di
http://www.penulisan2u.net
•
tip kehidupan, zodiak, rahsia, horoskop, petua,
firasat, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
naseb baek "mawi" terselamat.. kalau x..... dahla cute... syg jer kalau mati rentung...