Kehidupan adalah anugerah utama Illahi.
Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita
manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat
manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan
diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa
yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian
hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt
kepada kita. Halakan kegunaan akal, hati dan lidah pada
perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan
akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan
kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN
sekali-kali.
Kewujudan
Blog Semasa2u dengan pelbagai penulisan
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya.
Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus
kekal dengan akhlak dan jati diri insani.
Info Pen Skodeng : 1. Dijual pada harga di antara Rm599 sehingga Rm899 bergantung memori simpananya 2. Terdapat dua kategori memori simpanan iaitu dua gigabit dan empat gigabit 3. Mampu merekod audio dan video selama 12 jam tanpa henti 4. kebanyakan produk berasal dr China 5. Bateri mampu bertahan selama dua jam sahaja 6. Pen menggunakan format video AVI 7. Berat pen di antara 0.003 sehingga 0.005 Kilogram
Artikel Dari Akhbar KOSMO
KUALA LUMPUR - Jangan terkejut jika gambar anda disebarkan melalui internet tanpa menyedari bila diambil kerana teknologi terkini telah membolehkan rakaman dibuat menggunakan sebatang pen dakwat yang kini telah berada di pasaran.
Pen yang dinamakan sebagai 'Pen Skodeng' di kalangan pelajar sekolah itu dijual di beberapa tempat selain melalui internet pada harga RM500 dan sambutannya dikatakan amat menggalakkan.
Dengan membawa pen tersebut, segala gambar boleh dirakamkan secara sembunyi tanpa disedari oleh mangsanya.
Lebih malang lagi, pen tersebut disalahgunakan untuk tujuan yang tidak elok.
'Pen Skodeng' juga boleh merakamkan audio dan visual dengan hanya meletakkannya pada poket baju seperti pen biasa tanpa menimbulkan syak
TANPA disedari 'Pen Skodeng' mampu merakam aksi panas tanpa disedari mangsa. - Gambar hiassan
Apa yang membimbangkan, kebanyakan pembelinya pula terdiri daripada golongan remaja dan pelajar sekolah biarpun harganya mampu mencecah ratusan ringgit di pasaran.
Salah seorang penggunanya yang dikenali sebagai Azmi, 20, berkata, dia mengetahui penjualan 'Pen Skodeng' ketika berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah beberapa bulan lalu.
"Kebiasaannya, gajet sebegini hanya boleh dilihat melalui siri-siri penyiasatan popular seperti Mission Imposible atau James Bond, namun kini ia boleh didapati dengan mudah di negara ini," katanya kepada Kosmo! di sini, semalam.
Seorang lagi pemilik pen ini, Zamri, 25, berkata, tujuannya membeli hanyalah untuk kegunaan sendiri.
"Saya anggap ini sebagai teknologi canggih yang perlu dijadikan koleksi kerana ia ada lensa yang mampu merakamkan imej berwarna dengan resolusi saiz 0.3 megapiksel di samping bunyi dari jarak sejauh lima meter," ujarnya.
Tambah Zamri, dia dan rakan-rakannya berkesempatan menguji keberkesanan pen berkenaan dengan merakamkan pelbagai aksi tersembunyi di tempat-tempat awam tanpa disedari.
Azmi memberitahu, ada antara rakan-rakannya itu yang meminjam pen tersebut semata-mata mahu merakamkan aksi panas tanpa pengetahuan pasangan masing-masing.
Hey there! I simply want to offer you a huge thumbs up for your excellent info you've got right here on this post. I'll be returning to your website for more soon.
This is the perfect website for anyone who wants to understand this topic. You know a whole lot its almost hard to argue with you (not that I actually would want to…HaHa). You definitely put a fresh spin on a subject that has been written about for many years. Great stuff, just wonderful!
•
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. layari di
http://penulisan2u.blogspot.com
•
3000
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. khas untuk peminat. layari di
http://www.penulisan2u.net
•
tip kehidupan, zodiak, rahsia, horoskop, petua,
firasat, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
Apabila teknologi disalah gunakan...