Kehidupan adalah anugerah utama Illahi.
Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita
manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat
manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan
diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa
yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian
hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt
kepada kita. Halakan kegunaan akal, hati dan lidah pada
perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan
akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan
kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN
sekali-kali.
Kewujudan
Blog Semasa2u dengan pelbagai penulisan
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya.
Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus
kekal dengan akhlak dan jati diri insani.
DIA mula menikmati ulam sejak kecil selepas diajar ibunya. Kini, ulam mentah seperti pucuk selasih, ulam raja, selom, tenggek burung (daun tiga jari) serta pegaga sering menjadi pilihan utama dalam sajian makanannya.
DIA mula menikmati ulam sejak kecil selepas diajar ibunya. Kini, ulam mentah seperti pucuk selasih, ulam raja, selom, tenggek burung (daun tiga jari) serta pegaga sering menjadi pilihan utama dalam sajian makanannya.
Bagi Noraida Arifin, 35, selain mempunyai kandungan serat yang tinggi, ulam mempunyai pelbagai khasiat yang dapat membantu dalam menjaga kesihatan dan kecantikan.
"Sejak kecil saya memang tidak lupa untuk mengambil ulam ketika makan. Biasanya saya mengambilnya secara mentah, dicicah bersama sambal belacan. Namun, suami saya tidak begitu gemar mengambil ulam kecuali ulam raja.
"Selain ulam, tumbuhan herba seperti kunyit hidup, pilis, temu lawak serta param juga saya amalkan terutama ketika berpantang. Ternyata amalan itu banyak membantu wanita seperti saya dalam penjagaan kesihatan selepas bersalin," katanya.
Noraida berkata, sejak kecil ibunya sering bercerita mengenai khasiat herba dan ulam-ulaman yang mudah didapati di sekitar kampungnya di Kampung Bechah Resak, Tumpat.
Katanya, ibunya banyak menanam ulam serta pokok herba seperti daun selasih, pegaga serta pucuk mata ayam di kawasan sekitar rumah dan ia sedikit sebanyak menimbulkan minatnya terhadap tumbuhan.
Tumbuhan ulam dan herba juga sering dijadikan bahan rawatan tradisional dan kini terdapat banyak kajian yang dilakukan untuk mengkomersialkan lagi khasiat ulam berkenaan.
Untuk itu, Noraida berkata, dia dan suami turut menanam beberapa jenis tumbuhan herba serta ulam di sekitar rumah yang bukan saja untuk dimakan malah dijadikan pokok contoh untuk pembeli.
Minat yang mendalam terhadap tumbuhan sebenarnya turut mendorong lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia ini untuk mengasaskan perniagaan menjual pelbagai jenis pokok tanaman menerusi laman web melur.com.
Perniagaan yang diasaskan sejak lima tahun lalu itu kini semakin berkembang dan mendapat sambutan hangat daripada penggemar tumbuhan dari seluruh negara.
"Pada mulanya, laman web berkenaan diwujudkan sekadar untuk suka-suka berkongsi maklumat mengenai tumbuhan termasuk tanaman herba yang saya peroleh daripada ibu, pembacaan serta rujukan sendiri.
"Namun, lama kelamaan, saya terfikir mengapa tidak kembangkan laman web berkenaan sebagai satu portal perniagaan untuk membantu penggemar tumbuhan mendapatkan tanaman yang mereka gemari.
"Bermula dari situlah saya luaskan skop melur.com kepada laman web yang menyediakan banyak maklumat berguna mengenai tanaman serta memasarkan pelbagai tumbuhan menerusi katalog yang disediakan. Alhamdulillah, portal ini semakin berkembang kini," katanya.
Laman web yang asalnya sekadar untuk berkongsi maklumat serta pengetahuan mengenai tumbuhan herba, ulam-ulaman serta penjagaan pokok itu diperkenalkan pada Disember 2003. Kini, ia menjadi antara portal yang paling mendapat sambutan terutama dalam kalangan penggemar pokok herba.
Anak sulung daripada tujuh beradik kelahiran Tumpat, Kelantan, ini masih bekerja di sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang dalam bidang kejuruteraan.
Isteri kepada Datu Mohd Rithaiddeen, 35, ini memperuntukkan sekitar dua jam sehari untuk mengemas kini pesanan serta pertanyaan di laman web berkenaan.
Katanya, biarpun mempunyai dua kerjaya dalam satu masa, dia tidak sesekali melupakan masa untuk bersama keluarga terutama tiga anak yang masih kecil.
"Keluarga adalah aset yang ternilai bagi saya namun, perniagaan ini juga amat penting kerana ia berkait rapat dengan minat saya sendiri," kata ibu tiga anak perempuan, Dayang Nur Iman Alani, 9, Dayang Nur Syafiqah, 6 dan Dayang Nur Ain Syazwani, 4.
Mengenai perancangan masa depan, Noraida berkata dia tidak mahu terburu-buru membuka ladang herba tetapi sebaliknya mahu menumpukan kepada strategi pemasaran menerusi Internet.
Melihat potensi yang ada, ia mendorong dirinya untuk mengembangkan perniagaan herba itu ke peringkat antarabangsa suatu hari nanti.
"Gaya hidup masyarakat yang semakin moden dan sibuk menyaksikan mereka tidak mahu membazirkan masa melawat sesuatu nurseri semata-mata untuk mencari pokok yang diinginkan.
"Ia mendorong masyarakat beralih kepada urusan pembelian barangan menerusi Internet kerana ia ternyata lebih mudah, banyak pilihan serta menjimatkan masa.
"Selain itu, penggemar tanaman herba dari seluruh negara juga tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke sesuatu kawasan untuk mendapatkannya sebaliknya hanya boleh memesan di Internet dengan harga yang hampir sama," katanya yang pernah menghasilkan buku berjudul Penyembuhan Semulajadi Melalui Herba, terbitan PTS Milenia pada 2005.
•
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. layari di
http://penulisan2u.blogspot.com
•
3000
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. khas untuk peminat. layari di
http://www.penulisan2u.net
•
tip kehidupan, zodiak, rahsia, horoskop, petua,
firasat, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com