Kehidupan adalah anugerah utama Illahi.
Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita
manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat
manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan
diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa
yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian
hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt
kepada kita. Halakan kegunaan akal, hati dan lidah pada
perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan
akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan
kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN
sekali-kali.
Kewujudan
Blog Semasa2u dengan pelbagai penulisan
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya.
Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus
kekal dengan akhlak dan jati diri insani.
KEKAYAAN mampu membeli segala-galanya. Itu yang sering digembar-gemburkan. Taburan angan-angan menjangkau minda mereka yang tak mampu memilikinya. Namun bagi bilionair dunia, mereka boleh tersenyum lebar kerana apa saja aset yang mereka ingin beli, pasti mereka mampu miliki, termasuk kapal mewah yang menjadi impian semua. Ada di antara kapal mewah ini memiliki rantai yang berputar, sistem peluru berpandu dan kapal selam. Malah ada di antara kapal mewah ini turut membuatkan golongan hartawan tergamam. Khabar angin mendakwa pemiliki kapal Oracle, Larry Ellison menambah panjang kapalnya, Rising Sun semata-mata untuk menyaingi kapal milik pengasas Microsoft, Paul Allen. Apapun, pada masa ini kapal yang mengungguli senarai kapal mewah ini adalah Al Salamah yang dimiliki Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Sultan bin Abdul Aziz. Bagaimanapun, status Al Salamah tidak lama lagi akan diambil alih Eclipse, bot sepanjang 170 meter yang menelan belanja RM1.74 bilion yang dibeli hartawan Russia, Roman Abramovich. Bot ini dijangka siap tahun depan.
NAMA: RC atau The Shark PEMILIK: Pereka fesyen Roberto Cavalli HARGA: RM142 juta PANJANG: 40.8 meter MUATAN PENUMPANG: Empat kru, lapan tetamu PELANCARAN: 2004 KELAJUAN: 35 knot
KAPAL ini antara paling canggih dan rekaannya dianggap antara paling menyerlah. Warna luarannya turut membezakan RC atau The Shark dengan bot lain. Namun yang pasti, pereka Roberto Cavalli memastikan bahagian dalaman bot ini semewah rekaannya dengan setiap sudut, termasuk lantai diselaputi kulit dengan bau-bauan dan juga tidak lupa logo tapak kaki haiwannya. Madonna, Beyonce Knowles serta David dan Victoria Beckham antara selebriti yang pernah menaiki bot ini.
KAPAL mewah terbaru Abramovich, Eclipse dilaporkan hampir siap tapi pada masa ini pemilik kelab bola sepak Chelsea itu boleh bersantai di atas kapal pertama, Pelorus yang umpama rumah peranginan. Rekaan dalamannya yang dibuat khas daripada bahan lembut seperti kulit, siling daripada helaian selembut daun pisang dan tikar opium antic China membaluti seluruh dinding dalaman, mereka yang ada di dalamnya diulit supaya menjadi setenang air laut di sekelilingnya. Pereka bot itu, Terry Disdale, berkata falsafah utama bot mewah ini adalah memberi ketenangan kepada tetamu dan mungkin itu yang mereka kecapi, termasuk kapten Chelsea, John Terry yang berbulan madu di atas kapal itu.
NAMA: Rising Sun PEMILIK: Pengasas Oracle, Larry Ellison HARGA: RM702 juta PANJANG: 138 meter MUATAN PENUMPANG: 40 kru, 16 tetamu PELANCARAN: 2004 KELAJUAN: 28 knot
KAPAL mewah kedua terbesar dunia ini dimiliki oleh Lawrence, lelaki keempat terkaya dunia. Bagaimanapun baru-baru ini David Geffen (gambar) membeli separuh daripada nilai kapal itu. Dengan 82 kamar di lima tingkat di dek kapal itu, ramai tetamu pernah dijemput menikmati kemewahan disediakan di atas kapal itu, antaranya aktor Orlando Bloom dan bulan lalu bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair. Kapal ini memiliki panggung wayang, kolam renang dan gelanggang bola keranjang.
KAPAL ini yang digambarkan sebagai kapal swasta paling canggih di dunia menjadi mainan untuk Andrey. Kapal dilengkapi garaj bot laju yang boleh diubah suai menjadi disko direka oleh Philippe Stark. Nama kapal, A diambil sempena huruf pangkal nama isterinya, Aleksandra. Lantai bilik tidur utama didakwa boleh berubah bentuk mengikut perubahan warna persekitarannya.
NAMA: Octopus PEMILIK: Pengasas bersama Microsoft, Paul Allen HARGA: RM702 juta PANJANG: 126 meter MUATAN PENUMPANG: 60 kru dan tetamu PELANCARAN: 2003 KELAJUAN: 20 knot
Kapal ini umpama sebuah estet di atas air dan khabar angin mendakwa pemiliknya, Paul Allen membelanjakan RM70 juta setahun untuk menyelia kapal ini. Ia memiliki pelbagai gajet berteknologi tinggi, setaraf dengan status Allen sebagai pengasas Microsoft, seperti bot menyelam kawalan jauh yang membenarkan penerokaan dasar laut dilakukan. Selain itu, sebuah kapal selam yang boleh memuatkan lapan orang untuk dua minggu sentiasa bersedia di kapal ini. Octopus, satu daripada tiga kapal mewah Allen, turut dilengkapi dua tempat mendarat helikopter, tujuh bot dan sebuah gelanggang bola keranjang. Bar berlantai kaca turut digemari Allen yang sering menganjurkan parti dihadiri selebriti terkenal dari St Barts ke Cannes. Kapal itu turut memiliki studio muzik, persediaan untuk tetamunya, termasuk kumpulan U2 merakam lagu secara spontan andai mereka memilih untuk berbuat demikian.
NAMA: Al Salamah PEMILIK: Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Sultan Abdul Aziz HARGA: RM702 juta PANJANG: 139.3 meter MUATAN PENUMPANG: 96 kru, 36 tetamu PELANCARAN: 1999 KELAJUAN: 21.5 knot
KAPAL ini kelihatan seperti kapal peranginan. Al Salamah memiliki 82 bilik yang dibahagikan kepada lapan tingkatnya. Bahagian dalaman direka pereka Britain, Terry Disdale yang turut bertanggungjawab ke atas kapal milik Abramovich. Meskipun butiran terperinci mengenai kapal ini dirahsiakan, yang pasti ia memiliki segala kelengkapan sebuah rumah mewah. Al Salamah dilengkapi kolam renang berbumbung kaca, panggung wayang, perpustakaan, hospital berteknologi tinggi, gimnasium dan spa yang dikendalikan dua kakitangan sepenuh masa.
•
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. layari di
http://penulisan2u.blogspot.com
•
3000
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. khas untuk peminat. layari di
http://www.penulisan2u.net
•
tip kehidupan, zodiak, rahsia, horoskop, petua,
firasat, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com