Kehidupan adalah anugerah utama Illahi.
Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita
manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat
manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan
diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa
yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian
hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt
kepada kita. Halakan kegunaan akal, hati dan lidah pada
perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan
akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan
kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN
sekali-kali.
Kewujudan
Blog Semasa2u dengan pelbagai penulisan
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya.
Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus
kekal dengan akhlak dan jati diri insani.
KUALA TERENGGANU: Umpama adegan filem aksi, dua penjenayah cedera apabila motosikal dinaiki terbabas ke dalam longkang selepas topi keledar melayang ke arah mereka sebelum kedua-duanya dibelasah orang ramai sebaik meragut seorang wanita di Pekan Batu Enam, dekat sini kira-kira jam 11.30 pagi semalam.
Apa yang menarik, kedua-dua penjenayah dianggap tersilap memilih lokasi ragut itu kerana mangsa terbaru mereka adalah rakan kepada Mazlina Nawang, 45, mangsa ragut yang bengkak bibir, lebam mata kanan, patah gigi dan mengalami gegaran otak hingga tidak sedarkan diri selepas cedera dalam satu kejadian ragut di Jalan Tengku Omar Gong Badak, 28 Mei lalu.
Tindakan itu menyebabkan mereka disyaki sebagai suspek sama dalam kejadian menimpa Mazlina kerana wujud kemungkinan kedua-duanya mengekori mangsa dari tempat kerja sebelum menunggu masa sesuai untuk melakukan jenayah.
Namun, inilah harga yang perlu mereka bayar untuk meragut tangan Zaiton Ali, 46, pekerja am di Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu, semalam apabila orang ramai terlalu berang dengan kehadiran peragut di kawasan itu terutama selepas penjenayah yang cuba meragut Mazlina terlepas.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, Deputi Superintendan Harry Chung Chiu Mok, yang mengesahkan kejadian itu, berkata polis menahan dua lelaki berusia 28 dan 32 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.
Menurutnya, siasatan kini turut menjurus kepada kemungkinan kedua-dua suspek terbabit dalam kejadian menimpa Mazlina dan polis sedang mengumpul maklumat berdasarkan keterangan saksi serta mangsa untuk dipadankan bagi mencari kepastian berhubung perkara itu.
"Memang kita sedang cari kemungkinan itu kerana turut mengesyaki mereka ini individu sama terutama selepas mangsa dari tempat kerja yang sama...apa pun kita masih siasat dan saya tidak dapat memberikan kenyataan lanjut mengenainya," katanya kepada Harian Metro.
Menceritakan mengenai kejadian menimpanya semalam, Zaiton berkata, dia membawa kira-kira RM750 dan wang itu adalah wang saudara yang memintanya menebus semula barangan kemas selain kad pengenalan semua empat anaknya dalam beg itu.
"Jika itu wang milik saya atau jumlahnya tidaklah terlalu banyak saya tidaklah terlalu takut serta mengejar sambil menjerit meminta tolong," katanya.
benarlah ia seorang peragut tapi ia insan ciptaan allah, ia adalah quran yang hidup, seramai orang disitu tak sedar ia memijak mijak quran, serahlah ia pada polis ,lagi bagus, berfikirlah dengan akal yang seni, tak tengok habis....semoga mendapat iktibar dari situ ,kawallah nafsu kita..salam...
•
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. layari di
http://penulisan2u.blogspot.com
•
3000
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. khas untuk peminat. layari di
http://www.penulisan2u.net
•
tip kehidupan, zodiak, rahsia, horoskop, petua,
firasat, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
benarlah ia seorang peragut tapi ia insan ciptaan allah, ia adalah quran yang hidup, seramai orang disitu tak sedar ia memijak mijak quran, serahlah ia pada polis ,lagi bagus, berfikirlah dengan akal yang seni, tak tengok habis....semoga mendapat iktibar dari situ ,kawallah nafsu kita..salam...