Kehidupan adalah anugerah utama Illahi.
Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita
manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat
manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan
diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa
yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian
hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt
kepada kita. Halakan kegunaan akal, hati dan lidah pada
perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan
akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan
kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN
sekali-kali.
Kewujudan
Blog Semasa2u dengan pelbagai penulisan
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya.
Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus
kekal dengan akhlak dan jati diri insani.
Indiana, Amerika syarikat. Seekor kucing jenis The ginger tabby berusia 4 tahun selamat setelah anak panah menembusi kepalanya. Kucing tersebut bernama Brownie telah menghilangkan diri walaupun setelah ditembak. Brownie akhirnya pulang ke rumah majikannya setelah tiga hari menghilang.
Sarah hayes dari lembaga haiwan "Monroe County Humane Association" mengatakan bahawa kejadian yang menimpa kucing tersebut amat luar biasa. Memang di luar jangkaan majikannya melihat kecederaan sebegitu teruk. "Kucing tersebut amat bernasib baik kerana masih hidup, anak panah tersebut menembusi kulit kepalanya dan hampir merosakkan tengkorak kepalanya".
Dylan Eads, pemilik kucing tersebut amat kecewa dengan tindakan manusia yang sanggup memanah seekor kucing. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menangkap penembak yang tak berhati perut tersebut. Wang sebanyak $1,100 ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang boleh memberikan maklumat untuk menangkap pesalah tersebut.
Walaupun Brownie kelihatan seperti sudah hampir maut, kini brownie mampu hidup seperti normal semula setelah para doktor berjaya menjalankan pembedahan menarik keluar anak panah tersebut.Memang benar seekor kucing mempunyai 9 nyawa.
•
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. layari di
http://penulisan2u.blogspot.com
•
3000
Koleksi cerpen & novel terbaik online dari malaysia,
indonesia, singapore dan brunei. khas untuk peminat. layari di
http://www.penulisan2u.net
•
tip kehidupan, zodiak, rahsia, horoskop, petua,
firasat, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
kesiannya kucing ni...sape lah manusia yang kejam tu sanggup panah kucing..